=Aku tengok kebanyakannye ramai remaja skank pakai tdung bkn kerana menutup aurat tp sekadar menutup rambut yang kurang menarik. Try bawah nie. Insyallah rambut kowng kembali kembali menarik :)
Masalah Uban
Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban kowng akan berkurangan dan rambut kowng akan hitam semula.
Luruskan Rambut Kerinting
Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat dan balut rambut kowng dgn tuala bersih. Stengah jam kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.
Hapuskan Kutu
Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut kowng diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
No comments:
Post a Comment