Memutihkan Kulit Muka
Parutkan lobak, telur kuning, air limau nipis
cara2: sebatikan dan tempek pada muka dalam setengah jam atau lebih,basuh muka dengan air bersih dan hasilnya memuaskan,lepas basuh kowng akan dapat lihat hasilnya,muka cerah dan berseri.
cara2: sebatikan dan tempek pada muka dalam setengah jam atau lebih,basuh muka dengan air bersih dan hasilnya memuaskan,lepas basuh kowng akan dapat lihat hasilnya,muka cerah dan berseri.
Mencantikkan kulit muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci;
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.
3. Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
Menghilangkan bintik hitam
Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
Melicinkan kulit muka
Ramai yang inginkan kulit kelihatan licin, nampak cantik dan menarik pada pandangan orang sekeliling. Namun, ramai juga yang inginkan kulit cantik dan licin tanpa menbelanjakan kos yang mahal.
Petua melicinkan kulit terutamanya muka ini, umumnya diketahui ramai terutama di kalangan orang-orang tua dahulu. Mereka lebih rajin menggunakan petua nenek moyang dahulu yang mana tidak akan mendatangkan kemudaratan.
Petuanya adalah dengan menggunakan buah TOMATO. Selain ia selamat dan asli, ia juga mudah didapati. Cara-cara menggunakannya adalah
- Gunakan sebiji tomato yang telah masak.
- Cuci buah tersebut sebersihnya.
- Kemudian, potong kepada dua bahagian.
- Gunakan satu bahagian sahaja, lenyek atau sapukan ke seluruh bahagian muka.
- Biarkan ia kering dalam beberapa minit.
- Bilaskan muka dengan air bersih atau seeloknya dengan air suam.
- Akhir sekali, keringkan muka dengan tuala muka yang bersih.
- Satu bahagian yang lebih tadi, boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus minuman.
- Amalkan petua ini selalu, sehari sekali sehingga menampakkan hasil.
Insyaallah, kulit kowang akan terasa licin, berseri dan lembap.
Memerahkan Bibir
Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir kowng akan merah seperti memakai gincu.
Petua 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.
BULATAN HITAM BAWAH MATA
Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
MATA SEMBAB
Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA
Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.
Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.
Daun lidah buaya melentikkan bulu mata
Ambil daun lidah buaya - Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata - Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata kowng. Amalkan selalu.
No comments:
Post a Comment